FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Sunday, July 10, 2011

ADAKAH KITA AKAN LIHAT INI DI LUAR NEGARA? TABIK KEPADA PDRM

Tabik Spring Kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.

Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???

Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...

Tahniah PDRM!!!

Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan

Tahanan mengambil wuduk

Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok

Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin

Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...

Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama

Saturday, July 9, 2011

TAHNIAH PDRM


Ini bukan majlis kenduri atau majlis Hari Raya. Foto ini di petik dari laman facebook Polis DiRaja Malaysia.... Nak menitis melihat layanan Polis kepada mereka yang di tahan oleh Polis. Inilah dia pendekatan PDRM yang mesra kepada rakyat Malaysia walaupun mereka ini telah terlibat di dalam perhimpunan haram hari ini.

TAHNIAH PDRM

PDRM... Teruskan Menjaga Keamanan : Majoriti Rakyat Yang Cintakan Keamanan


Kami dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjaga keamanan di negara Malaysia tercinta ini. Teruskan tugas anda semua...Percayalah seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan di belakang anda.

Jalankanlah tugas anda dengan baik. Doa kami bersama anda semua.

Terima kasih PDRM.

p.s.... Kalau jumpa Mazlan Aliman tu, tangkap sekali.

Perhatian... Polis Sedang Mencari Lelaki Ini


Pihak Polis telah mengeluarkan senarai dan nama lelaki ini berada di dalam senarai yang ke 36, iaitu sekiranya sesiapa yang melihat lelaki ini berada di Kuala Lumpur, sila laporkan kepada pihak Polis dengan segera. Lelaki ini sangat merbahaya kerana :

1) memecahbelahkan orang melayu
2) menanam perasaan benci peneroka kepada kerajaan
3) suka membuat fitnah terhadap Felda dan Kerajaan
4) mengikut telunjuk Ambiga yang terang-terang anti Islam

Harap Ambil Perhatian !!!

Thursday, July 7, 2011

Selamat Menyambut Hari Peneroka Ke 55

Hari ini merupakan hari yang sangat besar ertinya buat semua peneroka dan generasi muda Felda. Setiap tahun, kita akan menyambut hari ini sebagai Hari Peneroka. Di hari yang sangat besar ertinya buat kita ini, ingin aku kongsi satu sajak buat renungan kepada generasi muda Felda.





Tiada Kelahiran Semula

Tumit merekah, berdarah
Tangan kematu tidak henti memalu
Kulit lali diselar terik matahari
Segala-galanya kerana janji
Bukan kerana pasrah
Lantas, apa ada pada rekahan
Biar rasanya ngilu
Apa peduli pada darah mengalir
Atau legam kulit untuk mengotakan janji

Bukankah janji telah di songsong
Bahawa hutan belukar ini adalah dunia kita
Dengan darah, keringat dan air mata
Merubah belantara menjadi singgahsana
Tiba masanya singgahsana mahu diroboh kerana tamak
juga haloba

Itulah jasa generasi kedua
Mahu memijak janji yang telah terperi mati
Mahu mencalit hitam budi orang tua
Sedangkan hutan, bukit dan tanah itu
Adalah milik mereka, kamu cuma pewarisnya

Perjanjian yang terpateri
Antara tanah, darah dan air mata
Suka duka rumah tidak berbilik
Air telaga, binatang buas dan belantara
Namun apa ada pada keliaran yang membunuh
Juka selepas tersergamnya singgahsana
Ada dajal datang menjadi pembinasa

Hanani, Kuala Lumpur

Monday, July 4, 2011

Sokong Kempen 'Nyah' Mazlan Aliman Dari Felda

Inilah manusia yang memecahbelahkan masyarakat Felda

Mazlan Aliman telah banyak menaburkan FITNAH di Felda. Melalui kempen beliau di Felda juga, beliau telah dapat menempatkan diri di tangga teratas pada pemilihan jawatankuasa PAS Pusat.

Antara tugas beliau ialah :

1) memecahbelahkan masyarakat peneroka di dalam Felda
2) memburukkan Felda dan kerajaan
3) menabur janji yang tidak berasas kepada masyarakat Felda

Atas sebab-sebab di atas, kami melaksanakan kempen 'Nyah' Mazlan Aliman Dari Felda.

Sunday, July 3, 2011

DAULAT TUANKU.....

Sebentar tadi, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan pihak pembangkang yang ingin membuat demonstrasi pada 9 hb Julai 2011.

Ternyata, Tuanku juga menolak cara kuno pihak pembangkang yang ingin membuat perkara yang boleh merosakkan negara. Berikut adalah kenyataan dan teks penuh Titah Khas Tuanku :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.