FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.



Ingin ku bawa segenggam tanah,
Tanda hatiku berpahat di sanubari,
Usah gentar dengan fitnah,
Andai kita insan yang berbudi.

Pohon sawit berdiri megah,
Takkan tunduk menyembah bumi,
Kukuhnya tunjang tanda ukhuwah,
Itu maknanya peneroka bersatu hati.


TAZKIRAH - AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath
Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) merupakan seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu perkara yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang kesakitan yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa Allah memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan:
Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

Saturday, September 24, 2011

Felda Sentiasa Memandang Setapak Ke Hadapan

Ikuti laporan menarik di Utusan Malaysia ini. Felda sentiasa memandang setapak kehadapan dan bukannya seperti pembangkang, yang tidak habis-habis mencari kesalahan orang. Adalah lebih baik, puhak-pihak ini menumpukan perhatian untuk bersama  memajukan Felda.


Pelaburan Luar Felda Jamin Masa Depan Peneroka


Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
(Yang mengikuti lawatan Kumpulan Felda Global ke Turki baru-baru ini)



Tangki-tangki tempat penyimpanan minyak masak yang terdapat di kilang penapisan FIGS di Izmir, Turki.

LAWATAN ke kilang Felda Iffco Gida Sanayi (FIGS), terletak di Izmir, Turki baru-baru ini menimbulkan suatu perasaan yang amat membanggakan. Perasaan tersebut wujud bukan kerana baru pertama kali menjejakkan kaki ke negara yang berpenduduk kira-kira 73 juta orang dengan lebih 90 peratus beragama Islam itu, tetapi menyaksikan betapa megahnya Jalur Gemilang berkibar di luar negara.

Sukar untuk mempercayai kemampuan Felda, yang dahulunya sebuah agensi perladangan kecil, terpaksa diwujudkan untuk membantu rakyat termiskin, kini berjaya melebarkan sayapnya sehingga ke Turki yang terletak kira-kira 10 jam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Apatah lagi, Turki bukan calang-calang negara memandangkan sejarah ketamadunannya tidak dapat dinafikan antara terawal wujud di dunia. Peranan dimainkan Kumpulan Felda Global berjaya melengkapkan hasrat kerajaan untuk mengharumkan nama negara dalam apa juga bidang diceburi.

Langkah memperluaskan perdagangan ke Turki, melalui usahasama sebuah syarikat di negara itu dilakukan oleh Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (Felda Global Ventures Holdings). Hasilnya, FIGS yang merupakan anak syarikat Felda Iffco Sdn. Bhd., cabang kepada Kumpulan Iffco, syarikat induk terbesar dunia yang terlibat dalam pelbagai bidang penghasilan makanan di 84 buah negara termasuk Eropah, Asia Barat, Amerika Syarikat dan Australia, diwujudkan.
Pemilihan Turki yang terletak di tengah-tengah antara benua Asia dan Eropah dilihat tepat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa dunia. Kejayaan mencatatkan peningkatan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu dan mencecah 10.2 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini, meyakinkan negara itu mengunjurkan pertumbuhan ekonominya melebihi enam hingga tujuh peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Hakikatnya, Turki merupakan antara negara yang paling kurang terjejas akibat kesan ekonomi yang melanda dunia sekali gus mencatatkan pencapaian tertinggi KDNK di Eropah dan kedua dunia di belakang China. Justeru, langkah kongklomerat perladangan negara mengembangkan perniagaan ke negara tersebut dilihat keputusan paling tepat ketika ini.

Mungkin ada segelintir pihak memandang sinis aktiviti Felda menerusi cabang dan anak syarikatnya di luar negara dengan mendakwa ia satu pelaburan sia-sia kerana tidak memberi kesan langsung kepada peneroka. Ironinya, apa yang dilakukan itu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan kepentingan dan masa depan para peneroka sendiri di negara ini.

Usaha Felda mengembangkan sayapnya ke luar negara hakikatnya mahu agar dunia menyedari peranan peneroka sebagai 'penyumbang terpenting'. Bayangkan jika peneroka tidak produktif, bahan mentah iaitu minyak sawit yang dibekalkan ke luar negara pasti akan berkurangan. Berkurangnya bekalan ini bermakna sumber makanan berasaskan sawit juga akan berkurang. Sedangkan ia semakin mendapat sambutan menggalakkan di pasaran sedia ada.

Dalam bahasa lebih mudah, kewujudan peneroka amat penting bagi memastikan bekalan bahan mentah tersebut mencukupi untuk pasaran minyak masak dan produk lelemak yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna khususnya industri-industri bakeri dan perhotelan. Hal ini diakui oleh Ketua Pegawai Operasi FIGS, Mehmet Sahin. Malah katanya, beliau yakin produk makanan berasaskan minyak sawit terutama berkaitan dengan kepentingan kedua-dua aspek pembekalan tersebut bukan sahaja amat penting di Turki malah mempunyai pasaran luas di Eropah.

Sementelah Turki dianggap sebagai 'gerbang' kepada kemasukan mudah produk atau barangan makanan dihasilkan ke negara-negara maju tersebut. ''Melihat kepada masa depan yang cerah, kami tidak teragak-agak menambah pelaburan sebanyak US$20 juta (RM62 juta) di kilang penapisan kami di sini (Izmir) untuk menyediakan kemudahan penghasilan dan pembungkusan produk-produk yang dihasilkan," katanya ketika ditemui dalam lawatan kerja anjuran Kumpulan Felda Global ke negara itu baru-baru ini.

FIGS ketika ini menghasilkan pengeluaran minyak makan seperti minyak bunga matahari, minyak zaitun dan jagung dengan kapasiti sebanyak 150,000 tan metrik setahun dan dijangka meningkat sekali ganda tahun depan. ''Kami melihat produk lelemak berasaskan minyak sawit sebagai usaha tambah nilai yang akan membezakan kami dengan pesaing-pesaing lain dalam sektor minyak makan dan lelemak di Turki,' kata Mehmet lagi.

Penguasaan minyak bunga matahari, zaitun dan jagung FIGS di negara tersebut adalah kira-kira 75 peratus pasaran minyak masak ketika ini. ''Menjelang tahun depan, apabila langkah membesarkan kilang penapisan kami siap sepenuhnya, kapasiti pengeluaran kami dijangka akan meningkat kepada 300,000 tan metrik dan tiga kali ganda pada tahun 2016.

''Minyak sawit adalah sihat dan mudah untuk digunakan, berdasarkan potensi itulah mengapa kita menyasarkan pasaran terus kepada sektor-sektor makanan dan tidak secara runcit," kata Mehmet. Menurut beliau lagi, pembekalan minyak sawit mentah di pasaran Turki ketika ini adalah sebanyak 500,000 tan metrik setahun.

Matlamat FIGS jelas. Mereka mahu menjadi pengeluar kedua terbesar produk lelemak halal di Turki menjelang tahun 2016 sebelum menguasai sepenuhnya pasaran tersebut dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Keyakinan itu mendorong Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad melihat projek di Turki bakal memberi kejayaan seterusnya tapak mengembangkan usaha hiliran kongklomerat itu ke lebih banyak negara.

''Menjelang 2012, apabila kilang penapisan di Izmir beroperasi sepenuhnya, kita akan dapat memasuki industri atau pasaran bakeri dan produk lelemak di Turki secara besar-besaran. ''Ia juga suatu usaha untuk melindungi operasi huluan Felda. Kita mewujudkan permintaan kita sendiri iaitu produk berasaskan minyak sawit supaya perniagaan minyak sawit kita tidak terlalu tertakluk kepada percaturan pasaran dunia. Dengan cara ini, kita melindungi kepentingan pihak yang terlibat secara langsung terutamanya para peneroka," katanya.

Ketika ini, jumlah peneroka di seluruh negara ialah seramai 112,635 orang iaitu 94,423 lelaki dan 18,212 wanita dengan membabitkan kawasan penerokaan untuk aktiviti pertanian sawit seluas 811,140 hektar. Sehingga kini, setiap langkah yang diambil adalah seiring dengan visi Felda untuk menjadi peneraju industri sawit dunia dan melahirkan warga peneroka berpendapatan tinggi bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Kemampuannya melebarkan sayap memasuki pasaran produk makanan halal berasaskan minyak sawit di Turki bermula awal tahun depan akan memberi laluan kepada lebih banyak syarikat tempatan lain untuk turut serta. Dalam hubungan ini, jika 54 tahun lalu, Felda yang dicetuskan Allahyarham Tun Abdul Razak bertujuan membantu masyarakat kampung keluar daripada kepompong kemiskinan, hari ini, kesinambungannya diteruskan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi dengan hasrat lebih menggunung iaitu mahu para peneroka berperanan di peringkat antarabangsa.

Tuesday, September 20, 2011

Teladan Kepada Peneroka : Harapkan Pagar... Pagar Makan Padi



Perkara ini pernah kami bongkarkan tidak lama dahulu. Sebelum ini, peneroka-peneroka Felda Kemahang yang menang saman terhadap Felda akibat dari kesilapan teknikal pihak Felda, telah menghantar surat kepada Bar Council akibat tidak berpuas hati dengan peguam yang mewakili mereka iaitu Tetuan Wan Rohimi & Asmadi. Sekarang mereka telah maju setapak lagi iaitu dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap peguam pujaan mereka ini dengan menyaman peguam tersebut.

Tidak lama lagi, perkara yang sama juga akan berlaku terhadap kes-kes menyaman Felda yang lain. Kesimpulannya, yang dapat tulang ialah peneroka manakala yang dapat daging adalah peguam. Lihatlah sahaja, sekarang ini, peguam-peguam pembangkang seperti Latheefa Koya, Sivarasa dan ramai lagi sedang berlumba-lumba meyakinkan peneroka yang pro pembangkang untuk menyaman Felda.

Peguam-peguam yang kenyang... Peneroka di belakang dapat tulang je...

Kalau kes kalah, mereka tetap dapat bayaran dan kalau menang, mereka akan dapat habuan yang lebih besar. SIAPA YANG UNTUNG???? Fikirkanlah.....





Monday, September 19, 2011

Jangan Biarkan Pengkhianat Masuk Felda


Terdapat berita yang kurang menarik telah di khabarkan oleh rakan-rakan di Johor. Di katakan Mazlan Aliman telah menjemput 'Pengkhianat Negara', Mat Sabu ke Felda Tenang pada 7 hb Oktober 2011 untuk kempen tuntutan hapuskan hutang peneroka.

Memang tak habis-habis aktiviti mereka ini untuk menghancurkan dan merosakkan Felda. Di katakan juga, Mazlan Aliman bakal mendedahkan beberapa isu panas berkaitan pengurusan Felda di majlis tersebut.

Yang pasti, PAS yang kini menjadi kuda tunggangan DAP akan berusaha untuk mempengaruhi sebanyak mungkin peneroka untuk melawan Felda. 

Kepada peneroka-peneroka di Felda.... jangan lupa apa fitnah yang telah di lakukan oleh PAS terhadap kematian peneroka semasa Pilihanraya Kecil Tenang dahulu.... Fikir-fikirkanlan

Thursday, September 15, 2011

Kewangan Felda Makin Kukuh - PM



Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran dokuman perjanjian usahasama strategi antara Sabri Ahmad (tengah) dan Anil Snehi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Mohd. Isa Abdul Samad dan Ramadorai S. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Felda terus mencatatkan pertumbuhan kewangan yang kukuh apabila jumlah saham tersenarai dan tidak tersenarai serta dana Amanah Raya Berhad milik agensi itu kini mencecah RM8 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pencapaian amat memberangsangkan itu dilaporkan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi Felda hari ini dan ia membuktikan agensi tersebut merupakan sebuah organisasi yang amat berjaya.

Sebagai contoh, katanya, pemilikan saham Felda di dalam syarikat Malayan Sugar Manufacturing Bhd. (MSM) apabila saham yang dibeli RM3.36 sesaham kini telah melonjak kepada RM5.30 sesaham. ''Selain itu aktiviti anak-anak syarikat Felda juga berjaya mencatatkan keuntungan. Ini yang menyebabkan Felda berada pada kedudukan kewangan yang sangat menggalakkan,'' katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Felda di Dewan Perdana Felda, hari ini.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian usahasama strategi antara Kumpulan Felda Prodata diwakili Presidennya, Datuk Sabri Ahmad dan Ketua Serantau Negara Asia Perkhidmatan Perunding Tata, Anil Snehi. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif Felda Prodata, Muhammad Fauzi Abdul Ghani; Naib Pengerusi Tata, Ramadorai S serta Ahli majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Abdulla Saloomi.

Perdana Menteri berkata, usaha meningkatkan pendapatan Felda tidak akan berhenti setakat ini sahaja malah pihak kerajaan komited untuk melakukan pembaharuan terhadap agensi itu demi masa depan peneroka. ''Rata-rata peneroka Felda secara puratanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM4,500 sebulan dan ini adalah hasil daripada kemajuan yang dikecapi selain harga komoditi getah dan kelapa sawit yang begitu stabil," katanya. Dengan pendapatan sedemikian beliau berkata, peneroka Felda kini berada di dalam golongan pertengahan. ''Oleh itu saya amat berharap kepada semua warga Felda terutama para peneroka pertahankanlah segala nikmat yang kita perolehi sekarang dan paling penting pertahankanlah Felda,'' katanya yang turut meminta warga Felda dan rakyat seluruhnya bersama-sama mempertahankan Putrajaya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan akan memperkasakan lagi skim perumahan generasi kedua Felda dengan memberi tumpuan kepada gugusan-gugusan yang masih belum melaksanakan program tersebut. ''Kerajaan komited melaksanakan program ini kerana ia memberi banyak manfaat kepada generasi kedua Felda. Untuk itu kita akan berusaha meningkatkan jumlah bilangan rumah-rumah untuk mereka di bawah skim ini,'' ujarnya.

Saturday, September 10, 2011

Artikel : Usaha Kelirukan Peneroka Felda

Bacalah artikel yang menarik di bawah :



PAKATAN pembangkang sekarang aktif mengatur strategi untuk 'menyerang' pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana mereka tahu bahawa warga peneroka merupakan penyokong kuat UMNO dan kerajaan Barisan Nasional selama ini. Sebab itu pembangkang giat mengeksploitasi pelbagai isu terutama kedudukan kewangan Felda. Matlamat mereka bagi mengelirukan masyarakat peneroka dan usaha untuk merendah-rendahkan reputasi Perdana Menteri selaku orang nombor satu yang menjaga kebajikan dan kemajuan Felda.

Tidak habis-habis serangan diatur oleh pakatan pembangkang terhadap agensi ini seolah-olah apa saja yang dilakukan oleh Felda semuanya tidak betul. Banyak isu berunsur fitnah berkaitan Felda sengaja ditimbulkan oleh akhbar rasmi pembangkang seperti Suara Keadilan (milik PKR) dan Harakah (milik Pas). Isu menuduh Felda mengalami kerugian sehingga bankrap bukan sahaja satu tuduhan yang tidak berasas, malah boleh mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan terhadap seluruh warga Felda. Maksud bankrap atau muflis itu sendiri menggambarkan Felda sudah tidak memiliki sebarang aset lagi dan ia nyata tidak benar. Hakikat sebenar ialah sejak 1956 hingga hari ini, Felda berjaya mengeluarkan sejumlah 112,635 keluarga daripada putaran ganas kemiskinan.

Isu kemerosotan tunai Felda daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 menjadi 'peluru' bagi pembangkang untuk 'menembak' Felda. Persolannya, kenapa hanya aliran tunai Felda yang merosot dihebohkan, sedangkan kedudukan aset tetap Felda yang berjaya ditambah daripada RM9.71 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009 tidak pula dihebohkan. Memang menjadi tradisi pembangkang yang hanya mahu melaporkan perkara berkaitan kegagalan atau kemerosotan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan, berbanding dengan pertambahan atau kejayaan yang telah dicapai.


Pakatan pembangkang akan berusaha mencari dan mengorek apa saja, asalkan ia boleh merosakkan imej, maruah dan nama baik Felda. Dalam hal ini, menurut Prof. Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman, pihak yang menjadi mangsa adalah warga Felda terutama mereka yang mudah menerima maklumat tidak tepat dan palsu yang disebarkan oleh pakatan pembangkang. "Pakatan pembangkang tidak akan jemu-jemu dan tidak akan berhenti menabur fitnah demi kepentingan mereka. "Memandangkan segelintir generasi kedua Felda sudah dan mudah termakan pujuk rayu dan janji hebat daripada pakatan pembangkang, maka kerajaan perlu serius menggerakkan jentera untuk menyelamatkan mereka daripada terus dibuai mimpi kosong yang dijanjikan pakatan pembangkang," kata Naib Presiden Industri dan Perhubungan Organisasi, Management & Science University (MSU).

Menurut Mohd. Zainul Fithri lagi, Felda merupakan benteng kepada kerajaan dan orang Melayu. Ia antara institusi yang begitu berjaya dan mempunyai dana tunai yang begitu besar sehinggakan mampu melabur dalam projek besar dan terus memberi faedah kepada warga Felda yang semakin ramai. Pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka. Sayangnya, institusi ini cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya. "Jadi amat tepat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyelar pihak yang menuduh Felda bankrap sebenarnya pihak yang bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan," kata Mohd. Zainul Fithri merangkap Pengarah Institute of Leadership and Human Analysis Malaysia (ILHAM).

Pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta. mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan. Ini kerana laporan daripada Felda Holdings dan Felda Global baru-baru ini menunjukkan perkara di sebaliknya. Koperasi Peneroka Felda (KPF) yang membuat pelaburan dalam bisnes bersangkutan aktiviti Felda seperti Felda Angkut, Felda Engineering dan lain-lain yang mana peneroka adalah ahli koperasi ini telah dibayar dividen purata 15 peratus (%) bagi beberapa tahun lalu. Bagaimana sebuah organisasi yang dikatakan bankrap seperti Felda boleh membayar dividen yang tinggi seperti dividen Bank Rakyat?


Sebenarnya Felda jauh daripada 'lubang' muflis. Agensi ini mempunyai aset bernilai RM16 bilion, memiliki kecairan kewangan yang ampuh bagi memenuhi tanggungjawab jangka masa pendek atau panjang. Sejak ditubuhkan 1956 dan sehingga kini tiada satu pun bank menyaman Felda kerana lewat membuat pembayaran pinjaman dan sebagainya. Jika tiada satu pun bank menyaman Felda kerana masalah wang, maka Felda tiada kena-mengena dengan istilah bankrap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata Felda pernah meminjam RM4.975 bilion daripada kerajaan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi, kesemua pinjaman itu telah dibayar balik pada 2000, mencipta rekod 14 tahun lebih awal daripada jadual pembayaran sepatutnya," kata Ahmad.

Sehingga 31 Mei lalu, Felda telah mengelbiayai projek perumahan warga Felda, membiayai program Gedung Makanan Negara dan membiayai pembelian syarikat Malayan Sugar Manufacturing Holdings Bhd. (MSM)," kata Ahmad. MSM yang telah dibeli sebanyak RM1.3 billion dari Kuok Group pada tahun 2009 merupakan syarikat yang pertama di bawah Kumpulan Felda yang disenaraikan di Bursa Malaysan Felda merupakan dua pemegang saham majoriti MSM masing-masing dengan pegangan 54% dan 20%. Kini Felda tidak lagi menerima dana daripada Kerjaan Pusat sejak 1996. Ini bermakna Felda menguruskan sendiri kewangannya sejak tarikh itu. Felda mungkin boleh bankrap sekiranya 341,000 hektar tanah milik agensi itu yang diuruskan Felda Plantations Sdn. Bhd. diserahkan kepada generasi kedua dan ketiga peneroka seperti yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang dalam Buku Jingga.

Walaupun Felda Plantations hanya menguruskan 341,000 hektar atau 39% dari tanah Felda (61% tanah peneroka), hasil usaha perladangan inilah juga yang disalurkan semula kepada peneroka dalam bentuk infrastruktur, pembangunan, kebajikan, pendidikan untuk masa depan generasi Felda. Sekiranya benar Felda akan bankrap, tidak mungkin Felda meneruskan tradisi memberi duit raya sejak 2003 kepada kesemua 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan seluruh negara. Wang itu adalah dari tabung wang Felda sendiri.

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my